Ya Allah, Ashaida :')

Assalamulaikum. New update from Lia. Tadi, saja saja je skodeng blog Aida. Dia dah tukar blogskin baru babe.  Nak tengok? Meyh rapat rapat.




Oh, lupa. Lia ada terjumpa satu Post yang Lia rasa Khas untuk Lia. Mungkin-.-' untuk Lia sebab Lia dapat rasakan ia untuk Lia. So Nak baca tengok gambar tak? Okay Let's Go!


Kalau tak nampak sila click gambar tersebut. *Terimakasih:)

Okay, Firstly Lia nak cakap. Memang post ni untuk Lia. Thank you sebab buatkan? Siapa kata Lia tak suka awak? Siapa yang kata? Tak pernah pun keluar dari mulut Lia keluar perkataan yang Lia tak suka dekat awak. Tak pernah langsung. Adakah sebab ada orang bagitahu awak yang saya tak suka awak, sebab itu awak tak suka saya? Adakah sebab itu-.-' Lia mintak perhatian? Ya Allah, Lia tak pernah mintak perhatian. Kalau Lia mintak pun diorang tetap takkan bagi sebab Perhatian tidak boleh dia minta ye sayang <3 Lia tak pernah cari perhatian. Untuk apa Lia cari perhatian. Untuk apa Ashaida :'| Awak dah buat saya menitiskan air mata untuk awak. Ini first time saya menangis sebab awak. 

Maksud Ex-Lesboo awak, ialah Ainna Afify. Ya Allah. Saya tak pernah merampas dia daripada awak. Saya rapat dengan dia ada sebab lain. Sebab dia tahu masalah peribadi saya. Awak tahu tak masalah peribadi saya? Awak tak pernah tahu pun semua tu. Saya ingatkan start sekolah nanti saya nak beritahu awak pasal masalah peribadi saya. Tapi, bila dah terbaca post awak tu. Rupa rupanya awak benci saya sangat sangat kan? Terima kasihlah awak. Sebab buat saya macam ni. Awak tahu tak? Dalam Group? Apa maksud awak kenapa saya tak cakap dalam group. Haritu saya dah cakap dah. Tapi ada orang delete, post tu. Saya tak tahu siapa yang delete. So, Lia ambil keputusan untuk post dekat blog. Lia tak bermaksud yang bukan bukan pun dekat awak. Awak yang fikir bukan bukan terhadap saya. Selama ni awak baik dengan saya, rupa rupanya awak cakap pasal saya belakang belakang ke Ashaida? Lia tak kutuk pun pasal awak dekat blog. 

Lagi pun post yang mana satu yang mengatakan saya kutuk awak dekat blog saya. Saya tak mentioned nama awak pun Ashaida. Yelah terima kasih sebab sangka buruk dekat saya. Lagi pun saya dah biasa kena macam ni. Saya tak nak pun, masuk campur pasal Hal awak. Tapi kita kawan, takkan saya nak tolong awak pun tak boleh. Awak ingat saya tak terasa apa yang dia cakap. Saya terasa. Tapi saya jaga perasaan dia. Sebab dia banyak tahu tentang masalah peribadi saya, takkan nak biar dia macam tu je. Awak tahu tak? Saya ambil peluang untuk berkawan dengan dia sebab saya tekad nak pandai lah awak. Bila awak cakap dekat dia 'Eh, budak pandai' saya terasa awak tahu tak? Tapi saya boleh cover lagi air muka saya yang tengah malu tu. Biarlah orang kata aku ni Muka Tebal aku tak pernah kisah pun.

Awak bukan orang baru dalam Group tu. Aku tak pernah fikir pun yang kau ni orang baru ke orang lama. Yang penting aku ada kawan untuk gelak, berkongsi cerita. Aku tak pernah fikir pun pasal benda tu. Habis, kalau ada orang baru yang masuk. Awak nak cakap dekat dia macam ni 'Eh awak tu dah lah baru masuk group ni. Nak melebih pulak'. Awak nak cakap macam tu ke? Nak buat apa betulkan perangai awak. Mama Lia kata, jadi diri sendiri. Kalau orang tak boleh terima kita. Kita jangan peduli. Sebab itu diri kita. Bukan diri orang lain. Awak kena bersyukur Allah bagi awak perasaan, kasih sayang, kawan, keluarga dan abang/kakak/adik. Daripada aku. Aku nak cerita dekat siapa kalau tak ada abang/kakak. Mestilah aku nak cerita dekat blogkan. At least ada orang yang aku tak kenal tahu aku macam mana. Aku tak pernah sembunyikan diri aku yang sebenar.

Awak tak pernah buat silap dekat sesiapa. Lagi pun saya ni ceoat lembut hati. Kalau saya marah orang. Saya tak akan ingat. Apa yang saya gaduh. Sebab saya dah buang semua tu dari fikiran saya tahu tak? Siapa yang malukan awak dekat satu dunia. Siapa? Lia? Kenapa Lia. Lia tak pernah pun cakap awak yang buat semua ni. Lagipun diorang tak kenal awak. Sebab saya tak mentioned nama awak kan? Awak tak suka orang mengumpat, tapi awak mendengar kata kata yang tak betul yang mengatakan saya benci awak. Itu pun sebahagian daripada mengumpat tahu tak sayang <3 Akhir kata saya nak beritahu. Awak selalu lari daripada saya bila saya nak rapat dengan awak :'] Terima Kasih Ashaida buat saya macam ni
Tiny Pointer